Rakan-rakan serta tetamu Malaysia dan Brunei Darussalam yang dihormati!
Selamat datang ke laman web rasmi Kedutaan Republik Kazakhstan yang diakreditasi ke Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
Kedutaan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan hubungan dan juga pengimbang antara negara-negara kita dalam bidang politik, perdagangan, ekonomi, pelaburan, budaya dan kemanusiaan, serta pengembangan kolaborasi dalam rangka kerja organisasi antarabangsa.
Kedutaan besar Kazakhstan juga menjadi pusat untuk membantu dalam menjalinkan hubungan antara perniagaan-ke-perniagaan dan hubungan persaudaraan di antara negara-negara kita.
Kami berharap agar laman sesawang ini dapat memberikan anda maklumat yang diperlukan mengenai perkhidmatan konsular seperti mengeluarkan VISA pelawat ke Kazakhstan, mengesahkan dokumen-dokumen rasmi dan mewujudkan hubungan perniagaan antara Kazakhstan, Malaysia dan Brunei Darussalam.
Kazakhstan adalah sebuah negara sekular yang giat berkembang, berorientasikan pasaran, dengan pandangan politik dan ekonomi yang stabil. Kazakhstan berada di kedudukan ke-25 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia (2019) dan ke-34 dalam Indeks Kebebasan Ekonomi 2021. Walaubagaimanapun kami masih meneruskan usaha kami untuk meningkatkan kedudukan. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai peluang pelaburan.
Anda boleh mendapatkan updates terkini dan maklumat kerjasama antara negara-negara kita di bahagian Berita, serta di akaun rasmi Kedutaan Facebook, Twitter dan Instagram.
Kami menghargai maklum balas dan cadangan anda di media sosial serta melalui e-mel dan telefon, yang terdapat di bahagian Hubungi Kami.
| Alamat | 8, Jalan Ru, 55000, Kuala Lumpur (https://www.waze.com/live-map/) |
| Tel | +603-4252-2999 |
| Faks | +603-4266-2661 |
| Emel | kuala-lumpur@mfa.kz |
| Nombor Talian Kecemasan 24 Jam untuk Warganegara Republik Kazakhstan |
+6017-746-0075 |